Senin, Oktober 26, 2009
0
LONDON 26 Okt. – Liverpool menceriakan kembali musimnya yang suram apabila membenam musuh tradisi dan penyandang juara, Manchester United 2-0 dalam aksi panas bola sepak Liga Perdana England (EPL) yang menyaksikan kedua-dua pasukan menamatkan saingan dengan 10 pemain semalam.


Bintang penyerang Liverpool, Fernando Torres membuka jaringan tuan rumah pada minit ke-65, sebelum penggantinya, David Ngog menambah gol kedua ketika saingan tinggal beberapa saat untuk ditamatkan.

Selepas kalah dalam empat perlawanan berturut-turut, Liverpool berhak mengutip tiga mata penuh selepas mengawal permainan sejak awal saingan malah beroleh banyak peluang. - Utusan

0 komentar:

Posting Komentar